Karnival Inovasi@UMT 2023 merupakan salah satu platform bagi pensyarah dan juga pentadbir meneroka dan berkongsi idea atau inovasi masing-masing selain dapat meningkatkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
"Amalan Inovasi dalam Pemerkasaan Bakat"
Pelaksanaan program ini adalah sejajar dengan Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2018-2022 dengan Teras Pertama iaitu Pemerkasaan Bakat. Selain itu, program ini juga sejajar dengan lonjakan kedua yang berfokuskan kepada kecemerlangan bakat dan juga lonjakan keenam iaitu tadbir urus perkasa dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025
Kategori Pertandingan
AMALAN INOVASI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Penyampaian (Delivery)
Kaedah pengajaran atau Bahan Pengajaran yang diterapkan dalam PnP samada secara bersemuka atau di dalam talian yang dapat meningkatkan pencapaian objekif/hasil pembelajaran sesuatu kursus atau pengajaran atau program
Pentaksiran
Kaedah pentaksiran yang direkabentuk selain daripada kaedah pentaksiran konvensional yang dapat menilai pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dengan lebih berkesan.
AMALAN INOVASI PENGURUSAN
Inovasi yang memberi nilai tambah/impak kepada pengurusan yang melibatkat sistem/proses kerja/kaedah/teknik.
AMALAN INOVASI PENYELIDIKAN
Hasil penyelidikan samada produk atau proses yang dilaksanakan oleh penyelidik
AMALAN INOVASI PELAJAR
Hasil penyelidikan samada produk atau proses yang dilaksanakan oleh pelajar